Bagaimana saya beli sekarang bayar nanti menggunakan Split?

 
 
 
 
 
 

Bagaimana saya beli sekarang bayar nanti menggunakan Split?


Terjemahan oleh Anisalhusna Mohd Kamil, 12 Mac 2021

Split adalah penyedia perkhidmatan Beli Sekarang Bayar Nanti (BSBN) untuk pembeli-pembeli di Malaysia. Apabila anda memilih Split sebagai pilihan pembayaran, anda bayar sebanyak 3x ansuran bulanan, tanpa faedah, bayaran lewat atau bayaran tersembunyi.

Oleh itu, Split menawarkan anda fleksibiliti menggunakan kad debit atau kad kredit dari mana-mana bank untuk membahagikan bayaran anda kepada dua atau tiga ansuran. Ini menjadikan anda lebih mampu membeli barang-barang keinginan dari dompet anda.

Tidak seperti kad kredit, anda tidak perlu khuatir tentang penanggungan hutang. Sekiranya anda bayar menggunakan Split, bayaran ansuran pertama anda akan dibuat ketika pembelian. Baki ansuran akan ditolak secara automatik dari akaun kad debit atau kad kredit yang disediakan pada bulan-bulan seterusnya.


fleksibiliti untuk pembayaran

Anda patut menggunakan Split sekiranya anda memerlukan fleksibiliti dalam pembayaran melalui kad dan lebih suka untuk membahagikan pembayaran ansuran dalam jangka masa yang singkat. Split membantu mengurangkan beban sesiapa yang mahukan komitmen pembayaran pendahuluan yang sedikit tanpa risiko hutang dan bayaran lewat.

Split hanya boleh digunakan di kedai-kedai rakan kongsi yang tersenarai di sini.


Bagaimana membayar menggunakan Split

Sekiranya Split adalah pilihan pembayaran yang tepat untuk anda, sila ikut langkah-langkah ini untuk transaksi dalam talian yang lancar.

  • Beli di kedai rakan kongsi kami
  • Pilih Split di laman checkout
  • Masukkan maklumat anda dan pilih pelan bayaran ansuran
  • Bayar ansuran pertama anda
  • Dapatkan kelulusan segera dan nikmati pembelian anda!
  • Split akan menolak pembayaran ansuran yang dipilih secara automatik pada dua hingga tiga bulan seterusnya, tanpa gangguan!
 
 

Tiada lagi rasa terbatas dengan had kad debit dan kad kredit atas pembelian anda pada masa akan datang. Anda boleh membeli lebih banyak menggunakan Split dan menikmati cara pembayaran yang fleksibel, lebih sesuai dengan keperluan gaya hidup anda.


Bayaran ansuran untuk pembelian di kedai juga

Bonus, Split merupakan cara pembayaran omni-channel - kami bekerjasama dengan kedai-kedai fizikal dan aplikasi sembang. Ya, anda boleh melakukan pembayaran ansuran melalui WhatsApp!

Tiada pra-pendaftaran yang diperlukan, anda hanya perlu membuat pembelian seperti biasa dan memilih pembayaran melalui Split di laman checkout.

Split memanfaatkan bajet anda dengan sepenuhnya, dan kami mahu membantu ada mampu memiliki barang-barang kemahuan anda.